Turun Berat Badan bersama Zarida Abu Bakar

SPECTACULAR HERBALIFE 2015 ACARA UNTUK MERAIKAN PENGEDAR HERBALIFE MALAYSIA

Salam semua

PENGHARGAAN MANIS SETELAH LEBIH 5 TAHUN SEBAGAI PENGEDAR HERBALIFE MALAYSIA 

Alhamdulillah , permulaan Januari yang sangat memberangsangkan dan indah bagi saya sepanjang kerjaya saya sebagai Pengedar Herbalife Malaysia yang berdaftar . Syukur saya panjatkan kepada allah diatas kurniaan dan limpahan rahmat darinya mempertemukan saya 5 tahun dahulu dengan makanan sihat bernutrisi tinggi Herbalife ini . 

Kerjaya saya sebagai Pengedar Herbalife Malaysia juga telah membuatkan saya sentiasa bersyukur kerana diberikan peluang untuk meneruskan misi dan usaha saya untuk membantu lebih ramai lagi orang  untuk menjalani kehidupan mereka menjadi lebih sihat dan baik .

Baru - baru ini pada 17 & 18 Januari , saya sekali lagi tidak melepaskan peluang untuk menghadiri acara gilang gemilang Spectacular Herbalife pada tahun 2015 ini . Acara ini merupakan acara tahunan wajib yang diadakan bagi mengumpul dan meraikan hampir kesemua ahli - ahli Herbalife di seluruh Malaysia dan Singapura .


Alhamdulillah , peluang yang saya dan suami dapat ini , dapat diperuntukkan untuk kami terus belajar dan berusaha untuk menjadi lebih baik didalam kehidupan dan kerjaya kami dimasa - masa akan datang . 

Dan pada acara tahun ini , sekali lagi telah membuatkan saya merasa sangat bertuah dan terharu kerana  telah dianugerahkan sebagai Herbalife Top Recruiter di Malaysia 2014 ( No 5th ) . Ia merupakan kali kedua saya menerima anugerah ini disepanjang perjalanan didalam kerjaya sebagai Pengedar Herbalife Malaysia. Ia benar - benar terkesan dihati saya , memberikan saya satu semangat dan keazaman yang sangat luar biasa , susah untuk saya ungkapkan disini .



Apa yang paling membanggakan saya adalah kerana pada tahun ini saya dapat bersama - sama naik ke pentas untuk menerima anugerah dengan insan yang telah membawa saya ke dalam Herbalife . Beliau banyak membantu saya untuk terus berusaha memperbaiki diri , mengajar saya tanpa jemu untuk terus berjaya didalam kerjaya sebagai Pengedar Herbalife Malaysia . Saya sangat terharu kerana dengan bantuan beliaulah , bukan sahaja sebagai Coach sehingga saya berjaya turun berat badan malah kerana beliaulah saya dapat mencapai kejayaan manis ini . Terima kasih Allah , Terima kasih Herbalife , Terima kasih Coach !



Sehingga kini setelah lebih 5 tahun didalam kerjaya sebagai Pengedar Herbalife , saya merasa sangat berbangga dan bertuah kerana sering mendapat sokongan dan dorongan yang tidak berbelah bagi oleh orang - orang yang saya sayangi . Saya sentiasa terkesan dengan kata - kata , betapa pentingnya kesihatan jika dibandingkan dengan wang ringgit . Sesungguhnya , wang ringgit tidak akan memberikan apa - apa makna kepada kita sekiranya kita sering sakit , memilih untuk kekal sihat adalah yang terbaik untuk kita meneruskan kehidupan ini .

Saya akan terus bersemangat menjadi Coach Herbalife dan membantu lebih ramai lagi orang diluar sana untuk turun berat badan dan memperbaiki kesihatan mereka menggunakan produk Herbalife  . Malah saya juga sentiasa bersyukur kerana dengan kerjaya ini juga telah memberikan peluang kepada saya untuk menghargai nilai dan waktu yang ada untuk bersama ahli keluarga . Saya percaya dengan sentiasa adanya insan - insan yang tersayang disamping saya serta mereka yang hebat didalam Herbalife menguatkan lagi keyakinan saya bahawa pilihan ini adalah yang tepat , yang paling penting kita hendaklah sentiasa berfikiran positif untuk mencapai dan memperolehi sesuatu kejayaan .


Bagaimana pula dengan anda ? Adakah pilihan kerjaya anda sekarang mengembirakan atau telah memberikan kepuasan kepada anda ? Jangan putus asa kerana masih belum terlambat untuk anda memilih untuk memulakan sesuatu yang baru didalam kehidupan anda di tahun baru ini .

Hubungi saya sekarang untuk mendaftarkan diri anda sebagai ahli Herbalife dan saya akan membantu anda menguruskan berat badan anda disamping menjana pendapatan dengan Herbalife sekarang !




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...